Ugutan Peristiwa 13 Mei RSN_Rayer

Pada 21 Mei 2014, sekumpulan 15 lelaki menyerbu bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di Menara Komtar . Mereka membantah tindakan Ahli RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan `celaka' kepada beberapa pemimpin Melayu/UMNO. Ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Rayer mendakwa beberapa pemimpin UMNO di Pulau Pinang cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969/ Peristiwa 13 Mei.Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) menyatakan bahawa kenyataan Rayer itu adalah keterlaluan dan telah melanggar peraturan dewan.[5]

Pada 22 Mei 2014, sekumpulan pemuda UMNO diketuai Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii menghantar memorandum kepada pejabat DAP Kuala Lumpur. Mereka membawa sepanduk bertulis SN Rayer "anak haram" dan "tolol", 'Jangan biar celaka bertukar menjadi malapetaka. Adun DAP biadap'. Memorandum itu diterima oleh MP Serdang, Ong Kian Ming dan ketua pentadbiribupejbat DAP, Chu Yoon Ming. [6]